Kuiz

Thursday 27 August 2015

KEUNIKAN DIALEK TEMERLOH
Dialek Temerloh mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kadang-kadang, orang luar tidak mampu untuk memahami bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di sana.Kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang keunikan dan keistimewaan dialek ini.

1) Cara Sebutan

Dikatakan bahawa kelajuan percakapan dalam loghat Pahang ditentukan dengan kederasan air sungai Pahang. Di hulu sungai yang biasanya jeram dan airnya laju (Ulu Tembeling, Lipis dan Raub), mereka bertutur dengan laju dan pantas manakala di hilir sungai Pahang (Kuantan dan Pekan), mereka bertutur dengan kelajuan yang perlahan, seperti aliran air sungai yang tenang apabila menghampiri muara.

Cara sebutan perkataan loghat Pahang berbeza dengan bahasa Melayu standard dalam beberapa perkara antaranya cara sebutan di akhir perkataan. Seperti kebanyakan loghat-loghat lain dalam bahasa Melayu, akhiran ~r biasanya digantikan dengan sebutan vokal. 'Besar' sebagai contoh disebut ''beso' atau 'besa', dan; 'tidur' disebut 'tido'. Contoh lain sebutan seperti dalam jadual di bawah.




APabila sesuatu perkataan berakhir dengan konsonan seperti ~n, ~t, atau ~l, konsonan itu sama ada digantikan dengan sebutan vokal seperti 'tangan' kepada 'tangae'; atau disebut dengan sebutan konsonan yang sama, tetapi lebih lembut (tanpa ditekankan) seperti 'sakit' kepada 'sakek' atau 'sake''.


Bagi perkataan yang berakhir dengan ~ng, ~m atau ~p, biasanya ~ng itu tidak disebut dan dihilangkan atau digantikan dengan ~ng yang teramat sangat lembut ala-ala keluar ikut hidung.. Sebagai contoh 'jantung' disebut 'janto' atau 'jantow' atau 'jantonc'; 'tiup' disebut 'tiyok' atau tiyo'. Hendaklah ditekankan di sini bahawa sebutan sesuatu perkataan bergantung kepada daerah dan kawasan.


Loghat Pahang juga mempunyai perkataan-perkataannya yang tersendiri. Sebagai contoh di Pahang, kata ganti diri pertama (saya/aku) disebut dengan kas/keh/kweh/koi/kome/kawan dan kata ganti diri kedua (awak/anda) menggunakan aok/awok (Temerloh), om (Ulu Tembeling), demeh (K. Lipis), ka (Kuantan) dan sebagainya. Kekadang dalam satu daerah, terdapat cara ganti nama yang berbeza dan boleh bercampur aduk. Harus diingatkan bahawa banyak lagi kata ganti nama yang digunakan seperti 'di', 'mat' dan sebagainya namun tidak disebut kerana tak reti nak eja.


Wednesday 26 August 2015

ASAL USUL BAHASA PAHANG DAN LOGHAT TEMERLOH


ASAL USUL BAHASA PAHANG

1.0 Pendahuluan
Bahasa Melayu Pahang adalah loghat atau dialek yang dituturkan oleh masyarakat di Pahang. Menurut Ensikopledia pula,dialek Pahang merupakan dialek yang dituturkan oleh penduduk negeri terbesar di Semenanjung Malaysia (35965 km persegi) dan mempunyai dialek daerah dan ragam khas yang begitu banyak. Secara umumnya masyarakat di Pahang bertutur dalam dialek Pahang yang berbeza-beza mengikut kawasan tempat tinggal masing-masing. Penduduk di daerah Kuantan, Pahang kebanyakannya bertutur dalam dialek Terengganu kerana kedudukan geografi dua buah daerah ini berdekatan manakala di Pulau Tioman pula bahasa yang dituturkan masyarakatnya hampir sama dengan loghat Sarawak. Dialek masyarakat di Janda Baik lebih kepada  loghat Negeri Sembilan dan Selangor manakala di Rompin terdapat campur aduk dialek Pahang dan dan dialek Johor. Dialek Pahang terkenal dengan nadanya yang unik kerana boleh berubah daripada nada rendah ke tinggi dan dialeknya yang pantas. Loghat Pahang yang tulen biasanya sukar difahami oleh masyarakat luar kerana bahasanya yang jauh berbeza daripada bahasa Melayu standard dan percakapannya yang pantas menyukarkan seseorang memahaminya. Bagi penduduk-penduduk di sini, orang Pahang bertutur mengikut arus sungai, jika deras arusnya seperti di Ulu Tembeling, Jeram dan Raub maka lajulah pertuturannya, sebaliknya, jika arusnya perlahan seperti di Kuantan dan Pekan, maka perlahanlah pula pertuturannya. Ada juga yang mengklasifikasikan loghat Pahang berdasarkan sungai Pahang, Mereka membahagikan loghat Pahang kepada tiga kumpulan berdasarkan Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bertemu di Kuala Tembeling membentuk Sungai Pahang yang seterusnya mengalir ke Laut China Selatan.